Thursday 21 April 2011

~ Untukmu Wanita ~

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...

kamu jadi seperti KELAPA...
... mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

Perempuan Ini Bukan Untuk Kamu

6 perkara yang perempuan tak patut buat depan lelaki

1. Tergedik gedik yang melampau.
Gedik itu sikap natural perempuan. tapi kalau terlalu gedik. orang lelaki jadi mudah menyampah    dan dengan lebih mudah kau akan dijadikan sebagai bahan kutukan.

 2. Ketawa terbahak bahak.
Tolong jangan buat benda ni walaupun kadang kadang lawak tu sangat lawak. cover cover sikit kalau nak gelak. tutup mulut. jangan keluarkan bunyi. orang lelaki nampak je macam tak kisah. tapi hati penuh mengata.

 3. Banyak songeh.
Orang lelaki tak suka perempuan yang banyak songeh ni. sebab otak lelaki tahu kerja nak simple je. Kalau nak bersongeh pun, kena fikir betul betul. agar songehan itu dijadikan dalam satu ayat yang ringkas dengan point yang padat agar lelaki tu tak terasa serabut.

 4. gila gila sangat.
kadang kadang seorang lelaki akan jadi risau bila perempuan tu terlalu 'gila-gila' sangat. sebab akan menimbulkan keraguan akan hormone mana yang terlebih dalam badan anda. nak 'gila-gila' boleh. tapi pandai pandai la cover.

 5. Perasan.
orang lelaki memang geram dengan set set perempuan yang cepat perasan. orang perempuan yang terasa macam orang nak usha dia apabila berhubung dengan dia. So, orang perempuan tu selalu akan macam buat buat jual mahal dan etc. Jangan mudah perasan. act profesional in any case. tak semestinya apabila laki tu baik dengan anda, dia nak usha anda. tidak tidak tidak. unless dia dah naik bulu. itu lain cerita.

 6. Keras
aku faham. sestengah perempuan bersikap keras dekat lelaki sebab tak nak lelaki tu amik advantage ke atas dia. orang perempuan macam ni selalu dikategorikan dalam golongan siqoh. bagus. Namun, apa yang aku perasan. sesetengah orang perempuan tu dia bersikap terlalu 'keras' sampaikan aku yang lelaki ni rasa takut serta pelik. Ingat, orang perempuan tu lembut asalnya. kalau cuba dipaksa jadi keras, buruk jadinya. tegas takpe.tapi jangan keras.
 *ini bukan tips nak pikat lelaki ye. harap maklum.

Lelaki Ini Bukan Untuk Kamu

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu



Istimewa buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam


Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

Istimewa Untuk Adam & Hawa

Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam..
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..
Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa..
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..
Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?
Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,
Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..
Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?
Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?
Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,
Agar kawalan nafsu sentiasa  berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..
Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,
Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Ada

Wednesday 20 April 2011

Kita Srikandi Islam

ASSALAMUALAIKUM SRIKANDI ISLAM SEMUAANYA,
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENJAGA HATI,
KERANA HATI PETUNJUK JALAN HIDUP KITA,
KERANA KATA-KATA HATI BANYAK YANG BAIKNYA,
TAPI YANG BAIK JADIKAN TELADAN,
DAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN...


WAHAI SRIKANDI ISLAM SEKALIAN,
JAGALAH DIRI KALIAN,
JAGALAH HATI DAN IMAN KALIAN,
KUATKANLAH HATI KALIAN,
JANGAN TERLALU IKUT PERASAAN DAN NAFSU KALIAN,
KUATKAN HATI KALIAN,


WAHAI SRIKANDI ISLAM,
JAGALAH DIRI KALIAN BAIK-BAIK,
JANGAN SAMPAI TERGADAI DEK KERANA NAFSU KALIAN,
TABAHKANLAH HATI KALIAN...
SENTIASALAH BERDOA,BERZIKIR DAN BERISTIGHFAR,
KEPADA TUHAN,KERANA BAIK BURUK DATANGNYA DARINYA JUA.


WAHAI SRIKANDI ISLAM,
JAGALAH TUTUR KATA KALIAN,
JAGALAH ADAT SOPAN KATA KALIAN,
MARILAH KITA PERRJUANGKAN AGAMA ISLAM,
YANG DITINDAS OLEH AGAMA LAINYA,
BERJUANGLAH MEMBERSIHKAN NAMA ISLAM,
KERANA ISLAM AGAMA SUCI....


WAHAI SRIKANDI ISLAM SEKALIAN,
JAGALAH DIRI KALIAN  BAIK-BAIK,
JANGAN BIARKAN HATI KALIAN DIKAWAL OLEH SYAITAN,
KUTKAN DIRI DAN HATI KALIAN,
HADAPI SEGALA DUGAAN DAN CABARAN HIDUP INI...
KERANA HIDUP PENUH DENGAN CABARAN DAN DUGAAN....
HADAPILAH DENGAN KETENANGAN AYAT-AYAT AL-QURAN....

Tuesday 19 April 2011

 
♥ Sebaik-baik wanita adalah yang tinggal dirumahnya, semulia-mulia wanita adalah yang menjaga kehormatannya, selembut-lembut wanita adalah yang menjaga akhlaknya, semalu-malunya wanita adalah yang menjaga hijabnya, secantik-cantik wanita adalah yg baik hatinya, sebaik-baik dunia adalah perhiasan, perhiasan yang terindah di dunia ini adalah wanita sholihah. ♥
 

Monday 18 April 2011

Kata Pujangga Hamka.

Dalam kehidupan ini, kita tak pernah dapat lari daripada cinta.Kerana cinta merupakan salah satu elemen dalam kehidupan kita.

Kata pujangga Hamka ada mengatakan bahawa cinta manusia melalui beberapa pintu.
Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu.
Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati.

Benarkah???????

Tapi padaku cinta adalah universal............satu perasaan yang sangat mendalam datang jauh dari lubuk hati kecilku. Kadang-kala aku sendiri bingung........apakah aku kenal maksud cinta yang sebenarnya????? Entahlah........aku sendiri tidak pasti tentang itu. Hanya satu perkara yang aku tahu....... dalam kehidupan ini kita tidak akan lepas dari cinta dan cinta itu pasti akan datang. Kerana ianya lumrah dalam kehidupan kita sebagai insan kerdil di atas muka bumi ini......yang akan sentiasa dibayangi oleh cinta.

Kerana........
Cinta adalah satu perasaan yang sangat halus kurniaan dan anugerah daripada Ilahi...... jagalah anugerah ini sebaiknya kerana kehilanganya kadang-kala akan membuatkan seseorang itu hingga hilang kewarasannya untuk berfikir.

Saturday 16 April 2011



cute x baby nie????? i like this baby........huhu......i want baby like this....

Nie big family aq....dr depan skali along aq...name dye hasanuddin......sebelahnye lak...abah aq..addenan......n mak aku,,,khadijah n akak ipar aq..habsah........yg belakang lak...abg aq...nasrul hadi n wife khairunnisa with aqil......then......akak aq yg skunk belajar at jordan....nurul ain....then.....aq lak..yg d beri name murshidah.....aq nie sowg yg simple....xmudah mesra ngan owg yg baru aq knl...kalo dh lame knl..mmg mesra gler..huhu......smpai xterlayan..(enth berul ke x..hehheh)..sebelah aq lak...akak aq (mak ngah) namenya siti marjana n daughter..(syira)..n cian mak ngah coz husband (abg talib) xdpt nk bergmbr same...sedih je mukanye..hehhehe..sebelah mak ngah lak...adk bawah aku..fauziah...tegak mcm tiang lampu jew..hehheh.....tp tetap cute :-p .........n sebelah poja lak....aadk bongcu aku....adilla.....comel mcm aku kn...hihihihihi...(sajew grau)......umo dye baru 15 thn...n thn nie dye nk menduduki peperiksaan PMR.......at skolah menengah kebangsaan pernu.....so doakn smoga dye berjaya,,,aminnnnnnnnn.......n second last lak...akak aq...fatimah....n husband (khairul izwan) with thet daughter nisreen haziqah,,,,,,,,,,semoga kami sekeluarga sihat2 saja n berbahagia selama-lamanya

Monday 11 April 2011

besar kesalahan ku~ besar lg keegoaanmu~

8 PEMBOHONGAN MAK KITA

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Friday 8 April 2011

☆¨¯`♥ ATAS NAMA CINTA..☆¨¯`♥

(¯`•.¸ "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."Atas nafas cinta...Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..Jihad CINTA buatMu ya Rabb...Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..Amin Ya Rabbal Alamin''¸ .•´¯)ஜ.

(¯`•.¸ Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah mengira setiap titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah petunjuk jalan. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah... ¸ .•´¯)
......
¨¯` Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,maka hilanglah cintaku pada dia,Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,Dan Kerana Cinta pada Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..¨¯`